ﻗﺎﻝ:
يا بني إذا كنت في الصلاة فاحفظ قلبك
و إن كنت في بيوت الناس فاحفظ بصرك
و إن كنت في مجالس الناس فاحفظ لسانك
و إن كنت على الطعام فاحفظ معدتك
وقال له:
اثنتان لا تذكرهما
إساءة الناس إليك و إحسانك للناس.
و اثنان لا تنسهما ذكر الله وذكر الموت.
Luqman al-Hakim berpesan:
- Wahai anakku, sekiranya kamu sedang melakukan solat, hendaklah kamu menjaga hatimu.
- Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah manusia, maka hendaklah kamu menjaga pandanganmu.
- Sekiranya kamu berada di dalam majlis-majlis bersama manusia maka hendaklah kamu menjaga lidahmu.
- Sekiranya kamu berada di hadapan makanan maka hendaklah kamu menjaga perutmu.
Beliau berkata lagi kepada anaknya:
- Dua perkara yang jangan sesekali engkau ingat kepadanya : Kejahatan manusia terhadapmu dan kebaikan yang telah kamu lakukan terhadap manusia.
- Dua perkara yang jangan sesekali engkau lupakan : Berzikir kepada Allah dan ingat kepada kematian.