Sudut Ilmu

Kajian Ilmiah

|

Jul 2025

|

5 minit baca

Apakah Keyakinan Wujūdiyyah Yang Ditolak Oleh al-Shaykh Muĥammad Arshād al-Banjari

Al-Shaykh Muĥammad Arshād al-Banjari berkata [1]:

“Adapun kaum Wujūdiyyah, maka adalah i’tiqādnya dan katanya (لا إلٰه إلا الله), yakni “Tiada wujudku, hanya wujud Allāh ta’ālā”, yakni “Bahawa aku wujud Allāh”, demikianlah dii’tiqād mereka itu pada makna kalimah yang mulia itu dan lagi pula kata mereka itu:

“إن الحق سبحانه و تعالى ليس بموجود إلا في ضمن وجود الكائنات”.

Yakni: Bahawasanya [al-]Haqq [Allāh] ta’ālā tiada mawjūd melainkan di dalam kandungan segala makhluk. Maka sekalian makhluk pada i’tiqād mereka itu wujud [al-]Haqq [Allāh] ta’ālā dan wujud [al-]Haqq [Allāh] ta’ālā wujud segala makhluk. Maka adalah mereka itu mengithbātkan keesaan [al-]Haqq [Allāh] ta’ālā di dalam wujud segala makhlūqāt [segala makhluk] yang banyak serta kata mereka itu “Tiada mawjūd hanya Allāh ta‘ālā [yakni tiada sesuatu yang wujud melainkan Allāh]”, maka dii’tiqādkan oleh mereka itu pada makna لا إلٰه إلا الله “Tiada wujudku, hanya wujud Allāh”. Dan lagi pula kata mereka itu: “Kami dengan Allāh ta’ālā sebangsa dan suatu wujud”, dan lagi pula kata mereka itu bahawa Allāh ta’ālā ketahuannya zat-Nya dan nyata kayfiyyat-Nya daripada pihak ada ia mawjūd [ada] pada khārij dan pada zamān [masa] dan makān [tempat] maka sekalian i’tiqād itu kufur. Inilah i’tiqād Wujūdiyyah yang mulḥid dan dinamai akan dia zindīq..”. Intaha.

Rujukan:

1. Al-Shaykh Muĥammad Arshād al-Banjari, Tuhfatur-Rāghibīn, Maktabah wa Maţba`ah Muĥammad al-Nahdiyy wa Awlādih, Singapura – Jedah, t. th., hlm. 16 & 17.

AW

Admin Website Baitussaadah