Kadang-kadang bila fikir balik, betullah pesan mereka yang berpengalaman; Perancangan yang hebat dan impian yang besar, semuanya tak bermakna jika tiada langkah pertama.
Tak sedikit yang tersangkut pada fasa ‘fikir’, ‘rancang’, ‘tunggu masa sesuai’…
Tapi berdasarkan pengalaman saya, yang berjaya kebiasaannya adalah mereka yang berani melangkahkan kaki walau takut, walau belum sempurna.
Mereka tahu, tak ada permulaan yang sempurna..
Yang penting mula!
Kerana satu langkah kecil hari ini, lebih bermakna daripada seribu rancangan yang tak bergerak.
Satu tindakan hari ini, mampu mengubah seluruh hidup pada esok hari.
Jadi jangan tunggu semua perfect.
Jangan tunggu semua sempurna.
Langkah pertama itu lebih penting daripada seribu teori.
Beranikan diri dengan berbekalkan kebijaksanaan dan hikmah.
Mulakan sahaja kerana Allaah.
Yakinlah jika kita lurus, Allaah pasti akan bantu!
Lepas dah usaha sebaiknya dalam memulakan sesuatu jangan lupa tawakkal kepada Allaah..
Langkah pertama, itulah pintu kepada semua yang kita impikan.