Sudut Ilmu

Artikel

|

Jul 2025

|

5 minit baca

Kasih Sayang Itu Mudah

Pernah tak kita berhenti sejenak dan bertanya bagaimana rasanya jika kita dilayan dengan penuh kasih sayang, dihormati, dan dihargai? Jika hati kita berbunga dengan layanan yang baik, maka begitulah juga orang lain.

Senyuman yang kita ukir, walau sekecil mana pun, mampu menyapa hati yang mendung. Ucapan yang baik, walau hanya sepatah dua, dapat menjadi pengubat jiwa yang luka. Bertanya khabar, walaupun ringkas, boleh menjadi tanda bahawa seseorang itu masih dihargai dan diingati.

Memberi hadiah, bukan soal harga atau nilai, tetapi tanda kita mengingati dan menyayangi. Sesuap makanan, sepasang baju, atau sekadar doa yang kita kirim dalam diam semuanya mempererat tautan kasih yang mendalam.

Begitulah indahnya ajaran Islam. Kita diajar untuk melayan orang lain sepertimana diri kita suka untuk dilayan. Jika kita mahukan kebaikan bagi diri kita, maka kita juga harus menginginkannya untuk orang di sekeliling kita.

Sifirnya mudah! Jika kita inginkan layanan yang baik bagi diri kita, maka kita juga sewajarnya melayan orang lain dengan layanan yang baik.

Kasih sayang itu mudah. Ia bermula dengan hati yang ikhlas, dan terus mengalir dalam setiap kata-kata dan perbuatan. Moga-moga, dengan setiap senyuman, hadiah, dan doa yang kita hulurkan, Allaah tambahkan lagi rahmat dan barakah-Nya dalam hidup kita.

Jangan pernah jemu berbuat baik, kerana manfaat kebaikan itu akan sentiasa kembali kepada diri kita, kadang-kadang dalam bentuk yang tidak kita sangka!

AW

Admin Website Baitussaadah