Sudut Ilmu

Artikel

|

Jul 2025

|

5 minit baca

Kadang-Kadang Duduk Bersendirian Itu Lebih Menenangkan

Pernah tak rasa sunyi, walaupun ramai orang di sekeliling kita? Kadang-kadang, kita rasa macam perlu kawan, tapi akhirnya hati kita lebih terluka daripada bahagia. Dunia oh dunia..

Kata orang bijak:

“Duduk bersendirian itu lebih baik daripada bertemankan seseorang yang membawa keburukan, dan bertemankan orang yang baik itu jauh lebih indah daripada duduk bersendirian.”

Carilah teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan, yang membawa kita ingat kepada Tuhan, yang menyokong kita untuk sentiasa bersemangat berbuat kebaikan seperti membaca al-Quran dan yang menyokong kita saat kita kesusahan.

Kalau terasa sunyi, ingatlah… Kadang-kadang, duduk bersendirian itu lebih baik daripada kita bergaul dengan orang yang boleh menarik kita kepada kelalaian dan kejahatan.

Tapi, dalam banyak keadaan bergaul dengan insan-insan yang baik hati ternyata lebih baik daripada duduk bersendirian kerana ia menyubur perasaan cinta kepada kebaikan yang membawa kita lama kelamaan turut melakukan kebaikan tersebut.

Jadi, jangan takut untuk duduk bersedirian jika itu pilihan yang lebih baik untuk jiwa kita. Tapi jika jumpa sahabat yang baik, hargailah mereka kerana mereka adalah nikmat yang jarang kita sedar. Sama-sama menyokong dalam berbuat kebaikan.

AW

Admin Website Baitussaadah