Sudut Ilmu

Artikel

|

Jul 2025

|

5 minit baca

Jangan Buka Walau Ruang Yang Kecil Bagi Syaitan

Dalam hidup ini, ada perkara kecil yang Nampak seakan remeh, namun hakikatnya besar kesannya. Seperti khalwat yang muharram yakni berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat yang tertutup tanpa ada orang lain bersama mereka.

Mungkin hanya naik lif bersama atau duduk sekejap berborak di dalam bilik yang tertutup tanpa ada pihak ketiga. Tapi ruang kecil cengginilah, jika ia tak ditutup rapat, ia boleh menjadi pintu yang luas untuk syaitan masuk lalu menjerumuskan manusia ke lembah maksiat.

Syaitan itu licik ya ahbab. Dia takkan ajak kita terus ke lembah maksiat, tapi dia mulakan dengan bisikan-bisikan halus. “Tak apa, kejap je,” katanya. “Orang tak nampak.” Dan begitulah, langkah kecil yang tak dijaga akhirnya akan membawa kepada dosa besar.

Macam isu lif tadi, sebahagian orang pandang pelik jika kita tak mahu naik lif bersama perempuan ajnabiyyah atau lelaki ajnabiy sedangkan tiada pihak yg ketiga bersama dalam lif tersebut. Kata mereka ini jumud. Ya akhiy! Ya ukhtiy! ini bukan jumud, bahkan ia berkait dengan hukum syarak!

Sebagaimana kita kunci rumah kita rapat-rapat untuk elak pencuri masuk, begitulah juga diri kita perlu dijaga. Tutup semua celah, ruang dan peluang yang boleh jadi jalan ke arah kemaksiatan. Jaga pandangan, jaga pergaulan, jaga tingkah laku. Kerana kesejahteraan dan keselamatan ada pada ‘mengikut syarak’.

Sewajarnya, kita follow syarak dan jauhi situasi yang boleh menarik kita kepada perkara munkar. Bukan kerana kita tak percaya pada diri sendiri, tapi kerana kita tahu syaitan tak pernah letih mencari ruang dan peluang untuk menyesatkan anak Adam.

Jangan biar ruang kecil yang kita lihat ‘tak apa’ itu jadi permulaan ke arah kelalaian dan kemaksiatan. Jaga hati, jaga diri, dan tutuplah pintu-pintu maksiat serapatnya.

AW

Admin Website Baitussaadah