Kejayaan, jawatan dan anugerah semua itu boleh datang dan pergi. Akan tetapi, prinsip, adab dan keikhlasan itulah yang biasanya akan tinggal, bila segalanya hilang.
Kaedahnya: teruskan hidup dengan ikhlas, walaupun tak semua nampak niat baik kita. Teruskan merendah diri, walaupun orang mula memandang tinggi.
Jangan berhenti perbaiki diri, walaupun orang kata kita sudah cukup baik.
Setialah pada jalan kebaikan dan orang-orangnya sepertimana kita belum menjadi siapa-siapa.
Dan kerja keras itulah kunci yang mengundang kejayaan.
Kerja keras mungkin mudah. Tapi ikhlas, rendah diri, setia, dan usaha jadi lebih baik itu yang susah sebenarnya. Susah nak kekal konsisten, susah nak jaga bila kita dah ada di “tempat yang tinggi”.
Cuma orang yang benar-benar selalu muhasabah, yang mampu jaga semua ini.
Yang tak hanyut walau cuba dihanyutkan pujian.
Yang tetap berpijak walau dilambung sanjungan.
Kalau kita berjaya sekalipun, biarlah kita masih orang yang sama. Cuma lebih bersyukur, lebih merendah diri, dan lebih kuat bekerja.