Sudut Ilmu

Artikel

|

Jul 2025

|

5 minit baca

Faedah Penting Untuk Penuntut Ilmu

Telah berkata para khubara’ dan alim ulama tika memberi irsyad kepada para tolibul ilmi:

Hendaklah setiap tolibul ilmi itu mengurangkan pengambilan makanan yang dapat menjadi asbab kebodohan dan lemah ingatan seperti:

1 – Memperbanyakkan makan epal yang masam (bukan semua epal)
2 – Memperbanyakkan makan Kacang ful dan
3 – Memperbanyakkan pengambilan cuka.

Hendaklah dielakkan juga daripada memperbanyakkan pengambilan sesuatu yang menyebabkan tumpul daya fikiran lagi menyebabkan badan menjadi berat seperti:

1 – Memperbanyakkan minum susu
2 – Memperbanyakkan makan akan ikan dan

3 – Memperbanyakkan makan daun ketumbar yang masih basah kerana ia dapat mewariskan kelupaan dan lemah daya ingatan.

Manakala di antara amalan yang dapat menambahkan kekuatan daya ingatan dan hafazan adalah:

1 – Meninggalkan segala bentuk maksiat,
2 – Memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan Nabiy صلى الله عليه وسلم
3 – Bersugi
4 – Mengambil madu yang asli
5 – Memakan lubban bersama gula dan
6 – Memakan kismis pada setiap hari (yakni sebelum memakan apa jua makanan yang lain di awal hari).

Sesungguhnya amalan ini ternyata mewariskan kekuatan daya ingatan dan hafazan serta menjadi asbab kesembuhan daripada banyak penyakit. Intaha.

AW

Admin Website Baitussaadah