Imam al-Ghazali rahimahuLlaah pernah berkata yang mafhumnya:
Sekiranya Allaah sama dengan makhlukNya nescaya harus kebaharuan bagi zat Allaah dan harus ketuhanan bagi matahari dan bulan; dan ini adalah perkara yang mustahil pada akal. Yakni akal yang waras tidak menerima akan perkara tersebut.
Kata ulama, ini kerana dua perkara yang saling menyamai di antara satu sama lain, apa yang harus bagi salah satu daripada keduanya nescaya harus juga perkara tersebut bagi yang satu lagi.
المتشابهان يجوز على أحدهما ما يجوز على الآخر
Sebagai contoh, saya dan sobat2 sekalian, kita sama bukan?!
Disebabkan kita sama, apa yang harus ada pada saya, seperti berwarna, berukuran, ada aggota badan yang besar dan kecil, nescaya perkara itu juga ada pada anda semua.
Makanya, sobat2 juga ada warna, ukuran dan anggota badan yang besar dan kecil macam saya!
So, jika Allaah sama dengan makhlukNya, nescaya Allaah ta^ala harus ada bagiNya saiz dan ukuran, harus bertempat, berwarna dan diliputi oleh arah yang enam macam kita kerana kita bersifat demikian. Dan ini jelas mustahil! Akal kita tak boleh terima yang demikian itu.
Hah! Sebab itulah kita tak boleh samakan antara Allaah dan makhluk-makhlukNya.
Sebab itulah juga para ulama kita kata Allaah ada tanpa bertempat, tidak di suatu tempat seperti duduk di atas arasy atau di langit, dan tidak juga berada di mana-mana seperti udara.