Sudut Ilmu

Kajian Ilmiah

|

Jul 2025

|

5 minit baca

Menyifatkan Allah Dengan Jisim Walau Dengan Berkata Tidak Sama Dengan Jisim Yang Lain Adalah Kesesatan

Al-Qādī ^AbdurRaحmān ibn Khaldūn al-Mālikī (w. 808 H) – dilahirkan di Tunisia dan membesar di sana dan merupakan graduan Universiti Zaitunah – di dalam mukaddimah kitab tarikhnya yang berjudul al-^Ibar wa Dīwānul-Mubtada’ wal-Khabar fī Ma^rifah Ayyāmil-^Arab wal-^Ajam wal-Barbar wa Man ^Āŝara-hum min Dhawis-Sulţān, beliau telah menyatakan:
 
“وأما المجسمة ففعلوا مثل ذلك في إثبات الجسمية، وأنها لا كالأجسام. ولفظ الجسم لم يثبت في منقول الشرعيات. وإنما جرأهم عليه إثبات هذه الظواهر، فلم يقتصروا عليه، بل توغلوا وأثبتوا الجسمية، يزعمون فيها مثل ذلك وينزهونه [بزعمهم] بقول متناقض سفساف، وهو قولهم: جسم لا كالأجسام. والجسم في لغة العرب هو العميق المحدود وغير هذا التفسير من أنه القائم بالذات أو المركب من الجواهر وغير ذلك فاصطلاحات للمتكلمين…. فلهذا كان المجسمة أوغل في البدعة بل والكفر حيث أثبتوا لله وصفاً موهماً يوهم النقص لم يرد في كلامه، ولا كلام نبيه”. اه.
 
🔹 “Dan adapun golongan Mujassimah mereka telah menetapkan Allah itu berjisim dengan dakwaan bahawa Allah itu berjisim tidak seperti jisim yang lain. Dan lafaz jisim tidak thabit pada apa yang disebutkan oleh syara’.
 
🔸Mereka berani untuk menyifatkan Allah dengan sifat jisim ini, maka hakikatnya mereka tidak mensucikan Allah, bahkan mereka telah melampau dangan menyifatkan jisim bagi Allah, dan mendakwa bahawa itu adalah penyucian bagi-Nya dengan kata-kata mereka yang bercanggah seperti mereka berkata : _Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim_ .
 
👉Jisim dalam bahasa Arab bermaksud sesuatu yang ada ukuran. Selain itu, jisim juga bermaksud sesuatu yang berdiri dengan zatnya atau dengan makna lain sesuatu yang bercantum daripada dua jauhar.
 
🔒Maka mereka yang menjisimkan Allah mereka telah menggunakan dalil dengan istilah selain dari makna yang dipakai dalam bahasa Arab. Maka dengan dakwaan ini golongan mujassimah telah jatuh dalam bida’ah bahkan kekufuran tatkala mensifatkan Allah dengan sifat yang mereka wahamkan dengan sifat kekurangan yang tidak warid dalam al-Quran atau dalam kalam Nabiy.” Intaha.
 
📙Rujukan:
Al-^Ibar wa Dīwānul-Mubtada’ wal-Khabar fī Ma^rifah Ayyāmil-^Arab wal-^Ajam wal-Barbar wa Man ^Āŝara-hum min Dhawis-Sulţān, karangan al-Qādī ^AbdurRaحmān ibn Khaldūn al-Mālikī, Baytul-Afkār al-Duwaliyyah, Amman – Jordan/ Riyadh – Arab Saudi, t. th, hlm. 242.

AW

Admin Website Baitussaadah