Iktikad umat Islam adalah meyakini bahawa Allaah ada dan tiada keraguan pada kewujudan-Nya. Dalilnya, adanya alam ini.
Pernahkah kita melihat sebuah lukisan tanpa pelukis? Sebuah rumah tanpa pembina? Suatu pukulan tanpa yang memukul? Tidak mungkin! Setiap yang wujud pasti ada yang menjadikannya daripada tiada kepada ada.
Lihatlah alam ini. Langit yang terbentang luas, bumi yang sangat indah, lautan yang tidak pernah berhenti berombak; semuanya berjalan mengikut aturan yang telah ditetapkan dengan begitu sempurna.
Adakah semua ini terjadi dengan sendiri? Tidak, mustahil. Akal yang waras tidak akan menerima sesuatu yang tersusun tanpa ada yang menyusunnya.
Allaah, Dia Tuhan yang Maha Pencipta. Dialah yang menjadikan segala sesuatu, dari sekecil zarah hingga sebesar arasy. Maka bagaimana mungkin seseorang itu masih ragu-ragu dengan kewujudannya? Lebih pelik, bagaimana ada yang menafikan kewujudan-Nya?
Renungilah alam ini, perhatikan setiap kejadian. Jika kita tidak boleh menerima sebuah rumah tanpa pembina, mengapa kita boleh menerima alam semesta tanpa Pencipta?