Baitussaadah Signature Program

PONDOK WARGA EMAS

Di usia senja, apa lagi yang kita nak di dunia ini?

Sertai pengajian ilmu agama mesra warga emas

Daftar Program Pondok Warga Emas

Whatsapp Admin Program

Rasul kita yang mulia bersabda,

يَا أَبَا ذَرٍّ، لَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ، خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ، وَلَأَنْ تَغْدُوَ فَتَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ، عُمِلَ بِهِ أَوْ لَمْ يُعْمَلْ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ تُصَلِّيَ أَلْفَ رَكْعَةٍ

“Wahai Abu Zar, kamu keluar dari rumah kamu di pagi hari untuk mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagi kamu daripada kamu solat 100 rakaat. Kamu keluar dari rumah kamu di pagi hari untuk mempelajari satu bab daripada ilmu, sama ada kamu beramal dengannya atau tidak beramal dengannya lebih baik daripada kamu solat 1,000 rakaat.”

– Hadis Riwayat Ibnu Majah –

Dalam hadis ini Nabiy kita yang mulia menujukkan pahala mempelajari ilmu agama adalah sangat besar dan melebihi ibadah sunat.

Bayangkan berapa banyak masa dan kudrat diperlukan untuk buat 1,000 rakaat sunat sedangkan pahala sebanyak itu dapat diperoleh hanya dalam sehari mempelajari ilmu agama.

Bahkan ilmu agama bantu menaikkan kualiti ibadah yang dilakukan.

Pondok Warga Emas Dapat Membantu Anda,

✅ Betulkan Bacaan al-Quran,

✅ Meleraikan Kekeliruan dan Salah Faham,

✅ Penuhkan Masa Dengan Ibadah

Keistimewaan Pondok Warga Emas

Majlis Bacaan Kitab Secara Bertalaqqi (berdepan dengan guru) dan Bersanad

Khatam Kitab Penting Dalam Ilmu Fardhu Ain

Talaqqi al-Qur’an Secara Musyafahah Dengan Guru Secara 1-to-1

Bacaan Wirid dan Zikir Harian

Belajar Asas Bahasa Arab Hingga Mampu  Membaca, Menulis dan Bertutur Ayat Ringkas

Menjawab Persoalan Agama Yang Bermain Di Fikiran

Respon Para Peserta Pondok Warga Emas

“Program yang bermanfaat untuk ulangkaji ilmu fardhu ain kita hingga dapat beramal dengan amalan yang betul untuk mencari keredhaan Allah Taala” – Encik Nazir

Saya sangat kagumlah dengan perancangan, dengan ustaz ustazahnya yang sangat mantap. Terima kasih kepada ustazah, ustaz di sini, yang mengajar daripada dasar . Saya berterima kasih kepada anak saya yang recommend tempat ini
– Puan Sarah

“Program amat bagus berfaedah, apa kita tak tahu akan tahu, biar tahu jangan keliru, belajarlah walaupun berumur, kita masih boleh disekolahkan lagi, carilah ilmu hingga ke Jannah  ” – Puan Maimon

“Perasaan aunty sangat tenang sebab kita ada institution yang boleh guide saya ke jalan yang betul ”
– Puan Nor Hayati Kwa (Chinese Muslim Convert)

“Program yang bagus untuk kita menimba ilmu fardhu ain yang kita cuai dan lalai, yang kita sangka kita sudah tahu segala-segalanya, tapi sebenarnya kita tak tahu apa pun”
– Encik Abdul Rahim, pesara

Lokasi

Syafi’e Golden Hall @ Baitussaadah Education Group

Kota Damansara, Selangor

Daftar Program Pondok Warga Emas

Whatsapp Admin Program