Siapa Kami

Baitussaadah Education Group (BSedu Group) merupakan suatu platform yang diusahakan oleh sebahagian ilmuwan Islam di Negeri Selangor untuk menguruskan institusi pengajian Islam yang melahirkan cendekiawan dan cerdik pandai Islam yang bermanhajkan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Asya’irah dan Maturidiyyah pada masa akan datang dan menyuburkan ilmu Islam yang moderate kepada masyarakat Islam setempat dan seluruh Malaysia secara amnya.

 

Oleh kerana pendidikan awal kanak-kanak adalah teras utama dalam pembikinan syahsiah dan jati diri anak bangsa, maka BSedu Group menyediakan sistem pembelajaran daripada umur 3 tahun sehingga ke umur pemuda dan dewasa dengan cara yang disarankan oleh leluhur orang-orang Islam dalam kalangan ‘ulama’.

 

Dengan mengamalkan sistem talaqqi dan bersanad dalam penyampaian ilmu yang tulen, kini BSedu Group telah melahirkan ramai pendakwah dan penggerak kerja-kerja dakwah yang benar-benar komited dalam mempertahankan ajaran Islam dan menyebarkannya ke pelosok negara.

 

Pemegang Amanah Gerak Kerja Baitussaadah

Mudir Baitussaadah

Shaykh Ahmad Muzaffar bin Mahdi

Mudir STAM

Ustaz Muhammad Luqman Hakim bin Abdul Rohim

Mudir Maahad Tahfiz Sains

Ustazah Nor Hanisah binti Muhammad