Al-Syaikh Muhammad ^Illaisy al-Maliki (m. 1299 H) berkata: 

لا زال أهل الإسلام يحتفلون ويهتمون بشهر مولده عليه الصلاة والسلام ويعملون الولائم ويتصدقون في لياليه بأنواع الصدقات ويظهرون السرور ويظهر عليهم من بركاته كل فضل عميم، وأول من أحدث فعل المولد الملك المظفر أبو سعيد صاحب إربل فكان يعمله في ربيع الأول ويحتفل احتفالا هائلا، وقد حكى بعض من حضر سماطه في بعض الموالد أنه عدّ فيه (خمسة آلاف رأس غنم مشوي وعشرة آلاف دجاجة ومائة ألف زبيدة وثلاثين ألف صحن حلواء) وكان شهما شجاعا بطلا عاقلا عالما عادلا وكان يحضر عنده في المولد أعيان العلماء والصوفية

Maksudnya:

“Umat Islam hingga kini masih lagi mengadakan sambutan Maulid Nabi dan memberi perhatian penuh terhadap bulan kelahiran baginda Rasulullah sollaLlahu ^alaihi wa sallam. Mereka mengadakan jamuan makan, bersedekah pada malamnya dengan pelbagai bentuk sedekah selain turut menzahirkan kegembiraan dan keseronokan di dalamnya.

Disebabkan keberkatan majlis yang mereka adakan tersebut, terzahir ke atas mereka pelbagai kelebihan. Perintis utama yang telah mengadakan sambutan Maulidur-Rasul adalah Raja al-Muzaffar Abu Sa^id, penguasa Irbil.

Beliau telah mengadakan sambutan tersebut secara besar-besaran pada bulan Rabiul-Awwal. Sebahagian tetamu yang menghadiri majlis tersebut menceritakan bahawa beliau telah menyediakan sebanyak 5,000 kepala kambing yang dipanggang, 10,000 ekor ayam, 100,000 biji keju dan 30,000 pinggan yang berisi manisan.

Beliau sememangnya seorang raja yang bijak, berani, gagah, berilmu dan adil. Majlis Maulid yang beliau anjurkan itu dihadiri oleh tokoh ulama dan ahli sufi”. Intaha.

Rujukan:

  • Al-Qaulul-Munjiyy oleh al-Syaikh Muhammad ^Illaisy al-Maliki.