Al-Hafiz Jalalud-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al- Suyuti (m. 911 H) berkata:
“Sesungguhnya asas sambutan Maulidur-Rasul yang dilakukan adalah dengan cara mengumpulkan manusia, membaca beberapa ayat daripada ayat-ayat al-Quran al-Karim, meriwayatkan kisah- kisah yang warid berhubung kelahiran Rasulullah, menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika kelahiran Baginda, mengadakan jamuan ketika majlis tersebut berlangsung, menikmati juadah yang disediakan kemudian bersurai. Ianya tidak lebih daripada itu. Ia merupakan suatu bentuk bid‘ah hasanah yang diganjari pelakunya disebabkan ia mengandungi pengagungan terhadap Baginda dan dapat menzahirkan keseronokan terhadap berita gembira berhubung kelahiran Baginda yang mulia”. Intaha.
Rujukan:
- Husnul-Maqsid fi ‘Amalil-Maulid oleh al-Hafiz Jalalud-Din al-Suyuti.