Profil

Baitussaadah Education Group ialah platform yang diusahakan oleh ilmuwan Islam di Selangor untuk mengurus institusi pengajian Islam yang melahirkan cendekiawan berteraskan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Asya’irah dan Maturidiyyah
Dedikasi menyediakan sistem pembelajaran berasaskan tradisi ulama, dari usia 3 tahun hingga dewasa
Dengan mengamalkan sistem talaqqi dan bersanad, BS edu Group telah melahirkan ramai pendakwah dan penggerak dakwah yang komited mempertahankan serta menyebarkan ajaran Islam ke seluruh negara
Kepimpinan & Amanah Baitussaadah

Shaykh Ahmad Muzaffar bin Mahdi
Mudir Baitussaadah
Ketua pentadbiran utama Baitussaadah yang memimpin visi dan hala tuju institusi pendidikan Islam, berteraskan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, serta memastikan kelangsungan kualiti dan keaslian ilmu yang diajarkan.

Ustaz Muhammad Luqman Hakim bin Abdul Rohim
Mudir STAM
Peneraju program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang menyelia kurikulum, prestasi akademik, dan pembangunan sahsiah pelajar, sambil memastikan program berjalan selaras dengan piawaian pendidikan Islam yang tinggi.

Ustazah Nor Hanisah binti Muhammad
Mudirah Tahfiz Sains
Pengurus utama program integrasi hafazan al-Quran dan sains moden, yang bertanggungjawab memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik serta kukuh dari segi rohani dan etika.