Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:
ﺇﻳﺎﻙ ﻭﻛﺜﺮﺓ ﺍﻟﻀﺤﻚ ﻓﺈﻥ ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻟﻀﺤﻚ ﻳﻤﻴﺖ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﻳﺬﻫﺐ ﺑﻤﺎء ﺍﻟﻮﺟﻪ
Mafhumnya: “Jauhi banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati dan menghilangkan air muka”
Orang yang banyak ketawa hatinya akan menjadi rosak dan kemuliaan dirinya akan jatuh. Tidak mengapa seseorang itu ketawa beberapa ketika semasa beramah mesra dengan sahabat handainya tetapi dalam keadaan berhati-hati.
Rujukan:
- Sunan Ibn Majah, Kitab al-Zuhd, Bab al-Huzn wal-Buka’, no. 4193.
- Sunan al-Tirmidhi, Bab Man Ittaqal-Maharim Fa-Huwa A^badun-Nas, no. 2305.
- Musnad Ahmad, Musnad Abi Hurairah, no. 8095.