Menyemai Ilmu dan Nilai Islam – Langkah Awal Kecemerlangan Anak

Gabungan pendidikan asas dan didikan Islam di sekolah rendah kami membantu membentuk murid yang cerdas, berakhlak baik, serta bersedia melangkah ke alam pembelajaran seterusnya dengan keyakinan dan nilai murni.

Didikan Awal yang Membina Sahsiah

Kami menekankan asas akhlak, adab, dan ibadah seiring dengan pelajaran harian agar anak-anak membesar dalam persekitaran yang positif, penuh kasih sayang dan nilai murni.

Gabungan Ilmu & Hafazan

Program kami menggabungkan pembelajaran sekolah rendah dengan hafazan Al-Quran secara berperingkat, membantu murid jadi cemerlang dalam pelajaran dan kukuh dalam hafalan sejak usia awal.

Membentuk Akhlak dan Sahsiah Islam

Melalui bimbingan berterusan, murid diajar nilai murni seperti disiplin, hormat, dan kepimpinan Islam. Mereka juga dididik untuk sentiasa jujur, bertanggungjawab, dan saling tolong-menolong sesama rakan.

Asas Kukuh untuk Masa Depan

Dengan pendedahan kepada asas bahasa, aktiviti kreatif, dan ilmu agama, murid dibimbing menjadi yakin dan bersedia untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah serta membawa nilai Islam dalam kehidupan harian.

Mata Pelajaran yang Diajarkan

Dalam kurikulum kami, murid belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, dan hafazan Al-Quran supaya mereka cemerlang dari segi ilmu dan akhlak.

Bahasa Melayu

Perkukuh kemahiran membaca, menulis, dan tatabahasa melalui modul sistematik untuk kuasai tatabahasa, penulisan karangan, dan kefahaman teks.

Bahasa Inggeris

Mantapkan penguasaan komunikasi Inggeris dengan latihan intensif mendengar, bertutur, membaca dan menulis, diselitkan dengan nilai-nilai Islam.

Matematik

Asah daya pemikiran kritikal melalui kaedah praktikal dan berstruktur, memastikan konsep SPM dikuasai dengan yakin.

Sains

Fahami konsep sains melalui eksperimen terancang dan perbincangan ilmiah, menghubungkaitkan setiap topik dengan ilmu fardhu ain.

Sejarah

Terokai perjalanan dunia dan tamadun Islam menerusi pendekatan naratif, mengukuhkan kefahaman konteks dan pengajaran masa lalu.

Pendidikan Islam

Selami pengajian ilmu Islam melalui kajian fardhu ain yang berteraskan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Hafazan Al-Quran

Tingkatkan hafazan al-Quran dengan teknik berperingkat dan pengulangan sistematik, disokong pemantauan guru.

Bahasa Arab

Perbaiki penguasaan tatabahasa, kosa kata, dan kefasihan bertutur Arab, memudahkan pemahaman bahasa arab ke sekolah menengah.

Jawi

Kuasai tulisan Jawi melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan sistematik, merangkumi asas membaca dan menulis, serta diterapkan dengan nilai-nilai Islam dalam setiap aktiviti.

Cerita Kejayaan Murid

Dengar pengalaman murid-murid kami yang berjaya dalam pelajaran selepas menamatkan sekolah rendah di sini, hasil daripada usaha dan bimbingan yang berterusan.

Sebagai ibu bapa, saya sangat berpuas hati dengan sekolah ini. Anak saya belajar dengan cara yang teratur dan seronok, dari menghafal doa dan surah pendek hingga pelajaran Sains. Kaedah pengajaran yang menyeronokkan membuatkan dia lebih yakin menghadapi peperiksaan.

Fulan Ibn Fulan

Bapa Pelajar Assolaah

Sejak masuk ke Assolaah, saya lihat hafalan anak saya semakin baik. Selain itu, markah dalam subjek seperti Bahasa Melayu dan Matematik juga meningkat kerana guru-guru yang sabar dan sentiasa membantu anak saya memahami pelajaran dengan lebih mudah.

Fulan Ibn Fulan

Ibu Pelajar Assolaah

Guru-guru di sekolah ini bukan sahaja mengajar anak saya membaca Al-Quran, malah menjaga perkembangan akademik dan sahsiah. Melalui aktiviti motivasi dan bimbingan, anak saya kini lebih yakin, disiplin, dan bersedia untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah.

Fulan Ibn Fulan

Bapa Pelajar Assolaah