Haid adalah darah kebiasaan yang keluar dari hujung rahim perempuan secara sihat iaitu bukan disebabkan penyakit atau kelahiran.

Darah haid terbahagi kepada 5 warna iaitu:

  • Aswad: Hitam kemerahan (bukan hitam asli)
  • Ahmar: Merah
  • Asyqar: Merah jambu
  • Asfar: Kuning
  • Akdar: Coklat tanah

Yang dimaksudkan dengan aswad adalah warna merah yang sangat pekat sehingga menyerupai warna hitam dan ianya bukan hitam asli kerana warna hitam asli tidak dikategorikan sebagai darah haid. Asyqar pula adalah merah yang cair yang sering disebut merah jambu. Manakala akdar pula warnanya hampir kepada warna tanah.

Rujukan:

  • Asnal-Matolib Syarh Raudit-Tolib oleh al-Shaykh Abu Yahya Zakariyya al-Ansori, j. 1, hlm. 99.