Rasulullah sollalLahu ^alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيراً يُفَقِّههُ فِي الدِّينِ

Mafhumnya: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah  suatu kebaikan baginya, maka Allah akan memberi kefahaman dalam agama kepadanya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Hadis ini menerangkan kelebihan ilmu dan kefahaman dalam agama serta galakan terhadapnya.  Barangsiapa yang diberi kefahaman dalam agama dan beramal dengannya maka ini merupakan tanda bahawa dia dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan baginya.