Seorang bapa yang soleh pernah memberi wasiat yang sangat berguna kepada anaknya. Beliau berkata kepada anaknya: “Wahai anakku! Abaikanlah EMPAT perkara bagi meraih empat perkara yang lain.
- Abaikan tidur untuk kubur.
- Abaikan kerehatan untuk titian al-Sirat.
- Abaikan kemegahan untuk neraca al-Mizan.
- Abaikan syahwat untuk Syurga.
Firman Allah ta’ala dlm surah al-Kahf ayat 46 :
ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱلۡبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ
Mafhumnya: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia yg sementara.. Adapun yang kekal hanyalah amalan soleh.Itulah yang lebih baik disisi Tuhanmu”
Hanya pahala kebaikan yang akan kekal berterusan kerana kehidupan akhirat itu berkekalan (tiada penyudahnya). Adapun kehidupan dunia hanya hiasan. Anak diciptakan untuk mati, maka penyudahnya tetap mati. Makanan yang kita makan walau sesedap mana sekalipun tetap ia akan keluar menjadi najis yang kotor. Pakaian yang kita pakai walau secantik mana sekalipun, ia tetap akan pudar dan mereput hingga akhirnya dibuang dalam tong sampah. Keseronokan dunia berlalu dengan pantas. Begitulah juga harta kekayaan.
Benarlah kata-kata Saiyyidina ‘Ali :
ﺍﺭﺗﺤﻠﺖ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﻫﻲ ﻣﺪﺑﺮﺓ ﻭﺍﺭﺗﺤﻠﺖ ﺍﻵﺧﺮﺓ ﻭﻫﻲ ﻣﻘﺒﻠﺔ ﻓﻜﻮﻧﻮﺍ ﻣﻦ ﺃﺑﻨﺎء ﺍﻵﺧﺮﺓ ﻭﻻ ﺗﻜﻮﻧﻮﺍ ﻣﻦ ﺃﺑﻨﺎء ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ، ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻟﻌﻤﻞ ﻭﻻ ﺣﺴﺎﺏ ﻭﻏﺪﺍ ﺍﻟﺤﺴﺎﺏ ﻭﻻ ﻋﻤﻞ
Maksudnya: “Dunia berlalu dengan berpaling ke belakang, manakala Akhirat pula berlalu untuk masa akan datang, jadilah kamu penuntut akhirat, dan janganlah pula kamu jadi penuntut kepada dunia. Hari ini masa untuk beramal dan belum ada perhitungan amal, manakala Akhirat esok pula ada perhitungan amal dan ketika itu bukan lagi untuk beramal.
Rujukan
- Kitab al-Riqaq di akhir al-Jami^ul-Musnad oleh al-Bukhari.