Allah ta^ala berfirman:
وَلِلَّهِ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ فَٱدْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا۟ ٱلَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمَـٰٓئِهِۦ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ١٨٠
[Surah al-A^raf, ayat 180]
✅ Allah mempunyai nama-nama yang baik (al-Asma’ul-Husna) iaitu yang menunjukkan kesempurnaan Nya.
✅Orang mukmin hanya menamakan Allah dengan nama yang warid dari al-Quran, al-Sunnah dan ijma^ kerana nama-nama Allah adalah tauqifiyyah;
✅ Tauqifiyyah bererti terhenti menamakan Allah sebagaimana yang warid dalam al-Quran, al-Sunnah atau ijma^;
✅Dengan ini dapat kita ketahui bahawa tidak boleh menamakan Allah sewenangnya dengan nama yang tidak warid seperti lafaz “aah” / ءاە ( kerana lafaz ini menunjukkan kelemahan, pengaduan dan kesakitan. )
🌿🌿🌿Di antara dalil bahawa “aah” /آە (bukan daripada nama-nama Allah adalah ijma^ ulama keempat empat mazhab bahawa sesiapa yang melafazkan perkataan “aah” /آە dengan sengaja dalam solat maka batal solatnya. Jika “aah” adalah nama Allah nescaya tidak batal solat kerana zikir (menyebut nama Allah) tidak membatalkan solat.)
������������������������