Makarimul Akhlaq : Kelebihan Akhlak Yang Baik

Akhlak

Al-Imam al-Tirmizhi meriwayatkan bahawa Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:

ﺃﻛﻤﻞ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﺇﻳﻤﺎﻧﺎ ﺃﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ

Mafhumnya: “Orang yang paling sempurna imannya dalam kalangan orang-orang beriman adalah mereka yang paling baik akhlaknya”

Keterangan:

Makna akhlak yang baik ialah seseorang itu adalah bersabar atas kejahatan orang lain, berbuat ihsan kepada orang lain, dan menahan diri daripada berbuat jahat terhadap orang lain.

Rujukan:

  • Sunan al-Tirmidhi (no. 1162) dan Sunan Abi Dawud (no. 4682).