Layanlah Orang Lain Sebagaimana Kita Suka Orang Lain Melayani Kita

Keluarga dan Sosial, Mutiara Nasihat

Al-Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah ىلص هللا هيلع ملسو telah bersabda:

نم بحأ نأ حزحزي نع رانلا لخديو ةنجلا هتأتلف هتينم وهو يؤمن هللاب مويلاو رخلآا تأيلو سانلا امب بحي نأ ىتؤي هيلإ 

Maksudnya: “Barangsiapa mahu dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka hendaklah  kematian mendatanginya dalam keadaan dia seorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, dan  hendaklah dia melayan orang lain dengan suatu layanan yang dia suka orang lain melayaninya dengan  layanan tersebut”

Dalam hadis ini Rasulullah mengajar kita bahawa barangsiapa yang mahu keselamatan dari masuk  Neraka dan mahu kejayaan dengan masuk Syurga maka hendaklah dia: 

1⃣Beriman dengan Allah dan Hari Akhirat serta perkara-perkara lain yang mesti diyakini.

2. Melayani orang lain dengan layanan yang dia suka orang lain melayannya begitu seperti;

🌿🌿🌿 Jika kita suka orang lain berurusan dengan kita dengan sifat benar tanpa dusta, dengan kejujuran tanpa khianat dan penipuan, maka kita hendaklah berurusan dengan orang dengan sifat benar dan kejujuran. 

🌿🌿🌿Jika kita suka orang lain melayani kita dengan kemaafan tanpa berdendam dan kebaikan tanpa  kejahatan, maka demikianlah juga kita hendaklah melayani orang lain. 

🌿🌿🌿 Jika suka orang lain melayani kita dengan kelembutan tanpa kekasaran dan sifat marah, maka demikian jugalah kita melayani orang lain. 

🌿🌿🌿 Janganlah kita berkata: “Mereka telah berbuat jahat kepadaku, maka aku juga akan berbuat jahat  kepada mereka”. 

🌿🌿🌿Kita hendaklah melayani orang yang pernah berbuat jahat kepada kita itu dengan kebaikan.  Patahkanlah nafsu kita dan lawanlah nafsu kita kerana nafsu itu suka untuk mengatasi orang lain.  Sekiranya manusia beramal dengan hadis ini nescaya mereka menjadi awliya’uLlah. 

🌿🌿🌿Rujukan: 

🌿🌿Sohih Muslim: Kitabul-Imarah: Babul-Amr bil-Wafa’ bi-Bai^atil-Khulafa’al-Awwal fal-Awwal (no. 1844). 

🌿🌿Husnut-Ta^amul Bainan-Nas, al-Syaikh Dr Ahmad ^Ajjur, Syarikah Daril-Masyari^, Lubnan, cet. 1, 1435  H/ 2013 R, hlm. 53 – 54.