KEPERLUAN TAKWIL 

Aqidah

Al-Imam Mulla ‘Ali ibn Sulton Muhammad al-Qari al-Hanafi telah menaqalkan bahawasanya al-Imam Ibn  Hajar telah berkata: 

🌿🌿🌿”Pada zaman Salafussoleh golongan sesat dan menyeleweng itu tidak terzahir begitu ramai. Oleh  demikian, amat mudah bagi mereka yang berada pada zaman tersebut untuk tidak menyelami setiap  perkataan yang mutasyabihat, bahkan menyerahkan maksudnya kepada Allah dan disertai  menyucikanNya daripada makna zahir perkataan mutasyabihat tersebut yang kelihatan tidak layak bagi  Allah”. 

🌿🌿🌿”Adapun pada zaman Khalaf, golongan sesat dan menyeleweng itu begitu ramai, maka ulama  menggunakan kaedah pentakwilan yang layak bagi kesempurnaan dan kesucian Allah untuk membantah  setiap dakwaan golongan sesat dan menyeleweng tersebut”. 

🌿Rujukan: Kitab Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Mashabih, Kitab al-Iman/ Bab al-Iman bil-Qadar, jilid  1, hlm. 260.