Seorang muslim mesti berhati-hati untuk berfatwa, memberi pandangan terhadap agama, atau menyampaikan hukum,jangan cuba menjawab semua pertanyaan yang dilontarkan. Jangan rasa malu untuk mengatakan “لا يردأ”/” la adri” atau “saya tidak tahu” jika kita tidak mngetahui hukum dan permasalahannya.
Rasulullah ﷺ bersabda;
Mafhumnya: “Barangsiapa berfatwa atau menyampaikan hukum agama tanpa didasari ilmu yang benar maka dia akan dilaknat oleh para malaikat yang berada di langit dan di bumi”. [Diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir dalam kitabnya Tarikh Ibn ^Asakir, 52/20].
🌿🌿 🌿 Sayyiduna ^Ali ibn Abi Tolib berkata:
Maknanya: “Alangkah tenangnya hati ketika aku ditanya tentang sesuatu yang tidak ku ketahui, lalu aku jawab: aku tidak tahu (la adri)”. [Diriwayatkan oleh al- Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani dalam takhrijnya ke atas kitab Mukhtasor Ibnil-Hajib al-Asli, j. 1, hlm. 15]
🌿🌿Diriwayatkan daripada Haytham ibn Jamil (murid al-Imam Malik) bahawa al-Imam Malik pernah ditanya tentang 48 masalah, beliau hanya menjawab 16 pertanyaan dan selebihnya beliau mengatakan “saya tidak tahu”. [Diriwayatkan oleh Ibn ^Abdil-Barr dalam kitabnya al-Tamhid, j. 1, hlm. 58]
🌿🌿Boleh kita bayangkan orang yang semasyhur dan sealim Sayyiduna ^Ali dan al-Imam Malik pun mengatakan “saya tidak tahu”, maka bagaimana dengan kita? Keilmuan kita jauh lebih rendah daripada al-Imam Malik dan apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan Sayyiduna ^Ali. Justeru, kenapa kita mesti memaksa diri kita untuk jawab pertanyaan jemaah sementara kita tidak tahu jawapan yang sebenarnya?
🌿🌿 Jangan merasa malu ketika mengatakan “saya tidak tahu” di hadapan jemaah. Ini kerana fatwa dan hukum yang anda sampaikan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.