[HARAM BERCAKAP BOHONG]
Rasulullah ﷺ bersabda,
Terjemahan: “Jauhilah daripada pembohongan, kerana pembohongan membawa seseorang ke arah kejahatan dan sesungguhnya kejahatan akan mengheret seseorang ke neraka” [Diriwayatkan oleh Ibn Majah]
🌿🌿BOHONG ertinya menyampaikan sesuatu khabar yang berbeza dengan realiti sebenar dengan sengaja;
🌿🌿Hukumnya HARAM sama ada dalam keadaan serius atau pun gurauan,
Rasulullah ﷺ bersabda,
Terjemahan: “Pembohongan tidak boleh dilakukan sama ada dalam keadaan serius mahupun dalam bergurau senda” [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi].
✅WAJIB atas semua muslim menjauhi maksiat ini agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan. (16/2)