Allah berfirman:
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ
Maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan diterima daripadanya dan dia di Hari Akhirat termasuk dalam golongan yang rugi”. [Surah Ali ^Imran, ayat 85]
Rasulullaah ﷺ bersabda:
الأَنبِياَءُ إِخوَةٌ لِعَلات دِينُهم وَاحِد وأُمَّهاتهم شَتَّى
Maksudnya: “Para nabi bagaikan saudara sebapa, agama mereka satu (Islam) dan ibu-ibu (syariat-syariat) mereka adalah berbeza”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]