Ilmu Agama Bekalan Paling Utama Untuk Akhirat

Mutiara Nasihat

Rasulullah sollallahu ^alaihi wasallam bersabda: 

Mafhumnya: “Manusia yang paling bijak adalah yang paling banyak melakukan persediaan untuk  menghadapai kematian di kalangan mereka (iaitu yang paling banyak ingat kepada akhirat)”  [Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Attobaroni]. 

🌿🌿🌿Maka seseorang yang sentiasa ingat kepada akhirat akan begitu bersemangat dalam melakukan  kebaikan dan ketaatan kerana hatinya tidak disibukkan dengan dunia dan kelazatan-kelazatannya.  

🌿🌿🌿Hal ini seterusnya akan membantunya untuk memperbanyakkan bekalan akhiratnya menerusi ilmu  dan amalnya.  

🌿🌿🌿Justeru, bekalan yang terbaik untuk mengahadapi hari akhirat adalah ilmu.  

🌿🌿🌿Ilmu yang paling utama untuk dipelajari adalah ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul-Nya Muhammad.  

🌿🌿🌿Barangsiapa yang mengenal Allah dan beriman dengan Rasul-Nya Muhammad, maka dia adalah  seorang muslim. 

🌿🌿🌿Pasti dia akan masuk ke dalam syurga kelak sekiranya dia menjauhi segala jenis kekufuran.  (16/9)