Allah ta^ala berfirman:
اهيأي نيذلا ءاونما قوا مكسفنأ مكيلهأو اران اهدوقو سانلا ةراجحلاو
Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” [Surah al-Tahrim, ayat 6]
🌿🌿🌿Sayyiduna ^Ali telah mentafsirkan ayat ini dengan katanya:
ريخلا مكيلهأو مكسفنأ اوملع
Maksudnya: “Ajarkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu tentang kebaikan (iaitu perkara agama)” [Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab beliau al-Mustadrak]
🌿🌿🌿Al-Hafiz ^AbduLlah al-Harari dalam kitabnya al-Siratul-Mustaqim berkata:
“Pentafsiran ayat ini ialah bahawa Allah memerintahkan orang-orang yang beriman agar memelihara diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu dengan cara mempelajari perkara agama dan mengajarkannya kepada keluarga mereka;
iaitu mempelajari dan mengajar pengetahuan tentang perkara yang telah difardukan oleh Allah untuk melakukan segala yang wajib dan meninggalkan segala yang haram.
Hal ini supaya mereka tidak terjerumus kepada akidah sesat dan kufur seperti pegangan tasybih dan tamthil (menyamakan Allah dengan makhluk). Ini kerana orang yang menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain adalah ibadahnya tidak sah.
Bahkan, pada hakikatnya dia menyembah sesuatu yang dikhayalkan. Al-Imam al-Ghazali berkata: “Tidak sah sesuatu ibadah itu melainkan selepas mengenali Allah yang disembah” .
🌿🌿🌿Rujukan:
🌿🌿Al-Mustadrak oleh al-Hakim, jil. 2, hlm. 494.
🌿🌿Al-Siratul-Mustaqim oleh al-Hafiz al-Syaikh ^AbduLlah al-Harari, hlm. 43.