Bilangan Para Nabi dan Para Rasul 

Aqidah

Ibn Hibban meriwayatkan dalam kitabnya Sohih Ibn Hibban daripada Abi Dharr, beliau berkata;

Mafhumnya: “Aku berkata: wahai Rasulullah berapakah bilangan para nabi? Rasulullah menjawab: 124  ribu, aku berkata: wahai Rasulullah berapakah bilangan rasul daripada mereka itu? Rasulullah menjawab:  313 orang, aku berkata: siapakah rasul yang pertama daripada mereka? Jawab Rasulullah: Nabi Adam.” 

🌿🌿🌿Faedah hadis: 

1. Bilangan Nabi adalah sebanyak 124,000 orang. 

2. Bilangan Rasul adalah sebanyak 313 orang. 

3. Nabi dan Rasul yang pertama ada Adam. 

4 .Semua Rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi itu Rasul 

5 .Nabi Dan Rasul kedua-duanya diperintahkan untuk berdakwah