Imam Syafi’e Rahimahullah pernah berkata :
المحدثات من الأمور ضربان، ما أحدث مما يخالف كتابا أو سنة أو إجماعا أو أثرا فهذه البدعة الضلالة، والثانية ما أحدث من الخيرو لا يخالف كتابا أو سنة أو إجماعا وهذه محدثة غير مذمومة
Maksudnya : “Perkara yang baharu (yakni bid’ah) terbahagi kepada dua bahagian, Sesuatu perkara baharu yang menyalahi al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ atau Athar, maka ini adalah bid’ah yang sesat; dan Sesuatu perkara baharu yang baik dan tidak menyalahi al-Quran, as-Sunnah, mahupun Ijma’ maka ini adalah bid’ah yang tidak tercela”
Rujukan:
- Diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Bayhaqi dengan sanad yang sahih dalam kitabnya Manaqib asy-Syafi’e, Jilid 1 m/s 469.
- Perkara yang sama diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Nawawi dalam Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughat, Jilid 1 m/s 996.
- Diriwayatkan juga oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir dalam kitabnya Tabyin Kazib al-Muftari Fima Nusiba ila al-Imam Abil Hasan al-Asy’ari , Percetakan Darul Kitab al-‘Arabi, Beirut-Lubnan, m/s 9.