Allah Ta’ala berfirman:
وقلن قولا معروفا
Maknanya: “Dan katakanlah (wahai isteri-isteri Nabi) dengan perkataan yang baik”. [Surah al-Ahzab: 32]
Al-Ahnaf ibn Qays berkata: “Aku telah mendengar hadis dari mulut Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali. Dan aku tidak pernah mendengar hadis sebagaimana aku telah mendengarnya dari mulut ‘A’ishah”. [Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab beliau al-Mustadrak]