(قال الإمام علي كرم الله وجهه: كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان (رواه أبو منصور البغدادي في كتابه الفرق بين الفرق
الشرح: “كان الله” أي في الأزل “ولا مكان” أي ولم يكن مكان ” وهو الآن” أي بعد أن خلق المكان “على ما عليه كان” أي لم يزل موجودا بلا مكان لأنه لا يجوز عليه التغير والتطور والانتقال من حال إلى حال. فكما صح وجود الله تعالى بلا مكان قبل خلق الأماكن فكذلك يصح وجوده بعد خلق الأماكن بلا مكان لأنه لا يتغير.
Al-Imam ^Ali semoga Allah memuliakan beliau; telah berkata: “Allah wujud pada azali tanpa bertempat dan Dia kini kekal tanpa bertempat” (diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi dalama kitab beliau; al-Farqu Baynal Firaq, cetakan Darul Kutub ^Ilmiyyah, hlm 256).
Huraian:
“كان الله” iaitu; Allah telahpun wujud pada azali tanpa permulaan, “ولا مكان” iaitu; sedangkan tempat masih lagi belum diciptakan, “وهو الآن” iaitu; setelah Allah menciptakan tempat, “على ما عليه كان” iaitu; kewujudan Allah tetap tanpa bertempat; kerana MUSTAHIL ke atasNya perubahan, perkembangan dan perubahan dari satu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Justeru, sebagaimana sah kewujudan Allah ta^ala tanpa bertempat sebelum penciptaan segala tempat maka demikian juga sah kewujudanNya setelah penciptaan segala tempat tanpa bertempat kerana Dia tidak berubah.