Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda:
“من غسل يوم الجمعة واغتسل، ثم بكّر وابتكر، ومشى ولم يركب، ودنا من الإمام واستمع ولم يلغ، كان له بكل خطوة أجر عمل سنة صيامها وقيامها.” اهـ
Maksudnya : “Sesiapa yang mencuci kepalanya pada hari Jumaat dan mandi, kemudian bersegera dan mendapat hadir pada awal khutbah jumaat, dan berjalan tidak menaiki kenderaan, dan duduk menghampiri imam dan mendengar (khutbah) dan tidak bercakap, baginya setiap langkahnya itu pahala sepertimana amalan puasa dan solat sunat qiyamullail sepanjang tahun”. Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizhi, Nasaie, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim.
Keterangan Hadis:
Mencuci kepala (bermula dengan mencuci kepala dahulu) kemudian mencuci badan(mandi) pada hari Jumaat adalah sunnah. Sebaiknya keluar awal waktu untuk pergi solat Jumaat. Berjalan kaki ke Masjid pada hari jumaat adalah lebih baik dari menaiki kenderaan. Duduk menghampiri Imam dan mendengar khutbah Jumaat dan tidak bercakap semasa semasa khutbah. Orang yang melakukan perkara di atas setiap langkahnya ke Masjid akan diberi pahala seperti orang yang berpuasa sunat dan solat sunat qiyamullail sepanjang tahun.