Al Istiwa’
Al Imam Al Syaikh Abu Ishaq Ash Shirazi Ash Syafi^ie Al Ash^ari (476H) mengatakan di dalam akidahnya (1):
“وإن استواءه ليس باستقرار ولا ملاصقة لأن الاستقرار والملاصقة صفة الأجسام المخلوقة، والرب عز وجل قديم أزلي، فدل على أنه كان ولا مكان ثم خلق المكان وهو على ما عليه كان ” اهـ.
Maksudnya : “Sesungguhnya Istiwa’Nya (Allah) bukan dengan makna menetap dan bukan dengan makna bertempelan dengan sesuatu kerana menetap dan menempel adalah sifat jisim yang diciptakan (oleh Allah). Padahal Allah ^azza wajalla adalah Qadim lagi Azali (tiada permulaan bagi kewujudanNya). Justeru, perkara tersebut adalah dalil menunjukkan bahawa Allah taala wujud secara azali tanpa bertempat. Kemudian setelah itu, Allah menciptakan tempat dan Dia tetap seperti sebelumnya ( wujud tanpa tempat)” intaha.
(1) lihat aqidah Al Shirazi di dalam muqaddimah kitab beliau, Syarah kepada kitab Al Luma^.
(15/1)