Ustaz Dr Sobri Ellias, penasihat Baitussaadah Education Group berkongsi penulisan beliau di akhbar Berita Harian tentang sifat-sifat Nabiy Muhammad sallahu’alaihissalam yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.
Menurut beliau,
MENGETAHUI rupa paras dan bentuk fizikal Rasulullah SAW menjadi antara cara menambah kecintaan kepada Baginda.
Mudir Pondok Turath Islam Baitussaadah, Dr Mohd Sobri Ellias, berkata pengetahuan itu menjadi harus lantaran dapat menambah perasaan cinta, kasih dan rindu kepada Rasulullah SAW.
Dr Mohd Sobri berkata, apabila perasaan itu subur dan mekar dalam jiwa umat Islam, semangat pastinya akan berputik dan bercambah untuk mengamalkan serta mempertahankan sunah Rasulullah.
Beliau berkongsi perbicaraan rupa paras dan tubuh badan Nabi Muhammad SAW yang mempunyai banyak sumber seperti terakam kemas dalam kitab sangat masyhur, iaitu Al-Syamail al-Muhammadiyah karangan al-Imam al-Hafiz Tirmizi.