๐ฟ๐ฟ๐ฟ Zakat fitrah wajib ke atas mereka yang mendapat akhir juzuk daripada Ramadhan iaitu tenggelam matahari pada hari terakhir daripada Ramadhan dan juzuk yang awal daripada syawal dalam keadaan hidup.
๐ฟ๐ฟ๐ฟ Sekiranya seseorang itu mati sebelum terbenam matahari atau dilahirkan setelah tenggelam matahari, maka tidak wajib mengeluarkan zakat baginya.
๐ฟ๐ฟ๐ฟ Zakat fitrah wajib ke atas setiap muslim yang merdeka mengeluarkan zakat untuk dirinya sendiri dan bagi pihak mereka yang wajib ke atasnya untuk dinafkahi iaitu sekiranya mereka beragama Islam seperti isterinya, anak-anaknya yang masih kecil dan kedua ibu bapanya yang faqir.
๐ฟ๐ฟ๐ฟ Berdasar mazhab syafie, untuk setiap seorang daripada mereka wajib dikeluarkan satu gantang (gantang baghdadi) daripada makanan asasi negara tersebut iaitu gandum bagi negara Syam dan Mesir, beras seperti di beberapa buah kawasan di India, Malaysia dan Indonesia, dan jagung di beberapa buah kawasan di Habsyah dan selainnya di negara-negara yang lain.
๐ฟ๐ฟ๐ฟ Maka wajib ke atasnya mengeluarkan satu gantang bagi dirinya sendiri dan satu gantang bagi setiap seorang yang wajib dinafkahinya sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini.
๐ฟ๐ฟ๐ฟ Zakat fitrah wajib ke atas seseorang muslim sekiranya harta yang dikeluarkan sebagai zakat fitrah tersebut melebihi kadar hutangnya sekalipun ia adalah hutang yang tertangguh, lebih untuk menampung pakaiannya dan pakaian mereka yang berada di atas tanggungannya yang layak bagi mereka semua. Dan tempat tinggalnya dan mereka yang wajib dia nafkahi yang layak bagi mereka dan melebihi makanan asasinya dan mereka yang wajib dinafkahinya pada hari raya dan malam setelahnya.
๐ฟ๐ฟ๐ฟ Dan haram melewatkan pembayaran zakat fitrah melebihi terbenam matahari pada hari raya tanpa keuzuran.
๐ฟ๐ฟ๐ฟ Wajib berniat di dalam hati pada semua jenis zakat. Memadai niat tersebut dilakukan ketika memisahkan ( ifroz) jumlah yang dikeluarkan zakatnya seperti dia berniat bahawa sesungguhnya ia zakat badanku.
๐ฟIfroz adalah memisahkan kadar yang seseorang hendak keluarkan sebagai zakat dari baki hartanya.