KEUTAMAAN ILMU

Mutiara Nasihat

✅ Tidak terlepas seorang pun daripada kewajipan menuntut ilmu agama walau setinggi mana tahap  keilmuannya. 

✅Al-Hasan al-Bisri pernah berkata:  

((Aku telah melihat beberapa kaum dari kalangan para sahabat Rasulullah sollallaahu ^alayhi wa sallam di  mana mereka berkata: 

Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan tanpa ilmu maka hakikatnya perkara yang dirosakkanya  lebih banyak daripada perkara yang diperbaikinya; dan orang yang beramal tanpa ilmu laksana orang yang berjalan bukan di atas jalan yang sepatutnya))