Wasiat Seorang Ibu Kepada Anak Perempuannya

Si ibu berkata kepada anak perempuannya ketika majlis pernikahan: “jadilah engkau seperti hamba perempuan kepadanya maka dia akan jadi seperti hamba. jagalah 10 daripada wasiat ini yang aku telah lakukannya dan aku bahagia bersama ayahmu.

Pertama, hiduplah bersamanya dengan qana^ah (sifat rela dengan apa yang ada atau mencukupi dengan apa yang ada).

Kedua, layanilah dia dengan memberikan sebaik-sebaik pendengaran dan ketaatan.

Ketiga Dan Keempat, jagalah pada sudut pandangnya dan hidunya. jangan biarkan dia melihat sesuatu yang tidak elok dari kamu pada pandangan matanya dan jangan biarkan dia menghidu daripada kamu melainkan bauan yang wangi.

Kelima Dan Keenam, jagalah waktu makannya dan waktu tidurnya.

Ketujuh Dan Kelapan, peliharalah hartanya dan ambil berat akan anak-anak serta ahli keluarganya.

Kesembilan Dan Kesepuluh, hati-hatilah engkau untuk bergembira di hadapannya sedangkan dia dalam keadaan berduka dan hati-hatilah engkau untuk berduka di hadapannya sedangkan dia dalam keadaan gembira”.