Sebahagian mereka ialah:
1. al-Syaikh Muhammad Zain b. Jalal al-Din al-Aceh pengarang kitab Bidayah al-Hidayah (lahir pada kurun ke-10 H)
2. al-Syaikh Dawud b. ‘Abd Allah al-Fatani pengarang pelbagai kitab yang masyhur salah satu daripadanya adalah Sullam al-Mubtadi (lahir pada 1187H)
3. al-Syaikh ‘Abd al-Samad a-Falimbani (m. 1206 H).
4. al-Syaikh ‘Abd al-Qadir b. ‘Abd al-Rahim yang merupakan di kalangan ulama Terengganu yang masyhur (m. 1280H lebih kurang).
5. al-Syaikh Tuan Minal Zain al-‘Abidin al-Fatani pengarang kitab ‘Aqidah al-Najin (beliau merupakan seorang ulama dari kurun ke-13H),
6. al-Syaikh Muhammad ‘Umar b. Nawawi al-Bantani yang merupakan seorang ulama yang telah mensyarahkan kitab Sullam al-Tawfq (m. 1314H).
7. al-Syaikh Haji Muhammad Saleh Darat seorang ulama besar Tanah Jawa yang merupakan rakan kepada al-Syaikh Nawawi al-Bantani dan juga anak murid kepada al-Syaikh Ahmad Zayni Dahlan telah menulis kitab syarah kepada matan Jawharah al-Tawhid (m. 1321H).
8. al-Syaikh Haji ‘Abdullah Fahim yang masyhur sebagai seorang ulama yang begitu teguh berpegang dengan manhaj al-Asya‘irah dan al-Maturidiyyah (m. 1330H),
9. al-Syaikh Wan ‘Ali b. ‘Abd al-Rahman b. ‘Abd al-Ghafur Kutan al-Kalantani (m. 1331H),
10. al-Syaikh Muhammad b. Isma‘il Dawud al-Fatani, pengarang kitab Matla‘ al-Badrayn (m. 1333H),
11. al-Syaikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi (m. 1334H),
12. al-Syaikh Husain b. Muhammad Nasir b. Muhammad Tayyib al-Mas‘udi al-Banjari, pengarang Kitab Hidayah al-Mutafakkirin (m. 1354H),
13. al-Syaikh Mukhtar b. ‘Atarid al-Bantawi al-Bogori, menetap di Mekah dan merupakan pengarang kitab Usul al-Din I‘tiqad Ahlu as-Sunnah wal-Jama‘ah,
14. al-Syaikh Siraj al-Din ‘Abbas pengarang kitab ‘Aqidah Ahlu as-Sunnah wal-Jama‘ah,
15. al-Musnid al-Muhaddith al-Syaikh Yasiin al-Fadani (m. 1410H).
16. Sultan yang ‘alim iaitu Sultan Selangor ‘Ala’ al-Din Sulayman Syah telah mengarang kitab Pohon Agama yang disebutkan di dalamnya akidah al-Asya‘irah,
17. Raja Riau Haji ‘Abdullah b. Raja Ja‘far (hidup pada kurun ke-12H) yang merupakan anak murid kepada al-Syaikh Dawud al-Fatani dan al-Syaikh Ahmad al-Jabarti al-Makki.