Istiqamah dalam Menuntut Ilmu dan Mengajarkannya

Mutiara Nasihat

Al-Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa Rasulullah sollaLlahu ^alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud: 

ﺧﻴﺮ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻣﻦ ﺗﻌﻠﻢ ﻭﻋﻠﻢ

Maksudnya; “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya”.

Ilmu yang dimaksudkan Rasulullah ialah ilmu agama, kerana ia memberi manfaat di dunia dan di akhirat. Maka hendaklah kamu sentiasa istiqamah dalam menuntut ilmu dan mengajarkannya kepada ahli-ahli keluarga dan para sahabat kamu. Ramai manusia hari ini sama ada yang muda mahupun yang tua mereka hidup dalam keadaan jahil tentang akidah. Allah tidak menerima solat, puasa, haji dan bacaan al-Quran melainkan daripada mereka yang mengenal Allah.