Al-Tobarani meriwayatkan daripada ^Uqbah ibn ^Amir, beliau berkata:
ﻟﻘﻴﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﺄﺧﺬ ﺑﻴﺪﻱ ﻭﻗﺎﻝ: ﻳﺎ ﻋﻘﺒﺔ ﺃﻻ ﺃﺧﺒﺮﻙ ﺑﺄﻓﻀﻞ ﺃﺧﻼﻕ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﺍﻵﺧﺮﺓ؟ ، ﻗﻠﺖ: ﻧﻌﻢ. ﻗﺎﻝ: ﺗﺼﻞ ﻣﻦ ﻗﻄﻌﻚ ﻭﺗﻌﻄﻲ ﻣﻦ ﺣﺮﻣﻚ ﻭﺗﻌﻔﻮ ﻋﻤﻦ ﻇﻠﻤﻚ
Mafhumnya: “Aku pernah berjumpa Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ lalu baginda memegang tanganku seraya bersabda: Wahai ^Uqbah! Mahukah aku khabarkanmu tentang akhlak yang paling utama di kalangan penghuni dunia dan akhirat?. Lalu aku berkata: Ya. Kemudian baginda pun bersabda: Engkau melakukan silaturrahim dengan kaum kerabatmu yang memutuskan hubungan itu denganmu, Engkau memberi kepada orang tidak memberi kepadamu, dan Engkau memaafkan orang yang pernah menzalimimu.
Rujukan:
- Makarimul-Akhlaq oleh al-Imam al-Hafiz Abul-Qasim Sulaiman al-Tobarani, Syarikah Daril-Masyari^, Beirut – Lubnan, 1433 H – 2012 R, hlm. 70