Al-Imam al-Nawawi Yahya bin Syaraf al-Dimasyqi al-Syafi^i (w. 676 H) berkata dalam kitabnya Minhajut-Tolibin wa ^Umdatul-Muftin [Kitab al-Siyam, Bab Saumit-Tatowwu^, hlm. 91]:

“Disunatkan berpuasa (pada hari) Isnin dan Khamis, Hari ^Arafah, Hari ^Asyura’, Hari Tasu^a’, hari- hari Putih, enam (6) hari dalam bulan Syawal dan melakukan puasa enam (6) hari secara berturut-turut adalah  lebih utama”. Intaha.

Keterangan:

  • Hari ^Arafah: 9 hb Zulhijjah
  • Hari ^Asyura’: 10 hb Muharram
  • Hari Tasu^a’: 9 hb Muharram
  • Hari-hari Putih: 13, 14 dan 15 hb setiap bulan.