Soal Jawab : Soalan: Bagaimanakah Ibadah Menjadi Sah?

Aqidah

JAWAPAN: Beribadah kepada Allah menjadi sah apabila dilakukan oleh orang yang meyakini kewujudan Allah dan tidak menyamakan atau menyerupakan-Nya dengan sesuatu apapun daripada makhluk-Nya. 

Allah Taala berfirman:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ

Mafhumnya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. (Surah al-Shura: 11)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لا فِكْرَة فِي الرَّبِّ

Mafhumnya: “Tidak boleh membayangkan tentang Allah”. (Diriwayatkan oleh Abu`l-Qasim al -Ansari)

Al-Ghazali berkata :

لاتَصِحُّ الْعِبَادَةُ إِلا بَعْدَ مَعْرِفَةِ الْمَعْبُودِ

Maknanya: “Ibadah tidak sah kecuali selepas mengenal Allah”.