Al-Imam al-Muhaddith ‘Abdullah al-Harari rahimahuLlah telah berkata :
عليكم بالتمكن بعلم التوحيد لتدافعوا عن دين الله لتصلحوا ما أفسده كثير من الناس، ثم معرفة الكفريات للحذر منها و للتحذير منها، علم الدين كأنه ليس له شأن كبير عند أكثر الناس، فإنا لله و إنا إليه راجعون. بارك الله فيكم و عليكم، اجتهدوا وابذلوا أوقاتكم في علم الدين.
Maksudnya: “Hendaklah kamu menguasai ilmu Tauhid demi mempertahankan agama Allah, demi memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh ramai manusia. Kemudian hendaklah kamu mempelajari dan mengetahui akan perkara-perkara yang menyebabkan kufur supaya menjauhi diri daripadanya dan memberi peringatan kepada orang ramai supaya menjauhinya. Ilmu agama ini seolah-olah tiada nilai baginya di sisi kebanyakan manusia (seolah-olah tiada kepentingan dan faedah), inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun. Semoga Allah memberkati kamu, hendaklah kamu bersungguh-sungguh dan penuhilah masa kamu dengan mendalami dan menyebarkan ilmu agama”.