Al-Imam al-Hafiz Ibn ^Asakir (w. 571 H), seorang tokoh ulama hadith terkenal berkata:
“والكلامُ المذموم كلام أصحاب الأهوية وما يزخرفه أرباب البدع المُرْدية، فأما الكلام الموافق للكتاب والسنّة الموضح لحقائق الأصول عند ظهور الفتنة فهو محمود عند العلماء ومن يعلمه، وقد كان الشافعي يحسنه ويفهمه، وقد تكلم مع غير واحد ممن ابتدع، وأقام الحجة عليه حتى انقطع”. ا.هـ.
Maksudnya : “Kalam yang dikeji adalah kalam yang disibukkan oleh golongan Ahlul-Ahwa’ (golongan ahli bid^ah seperti al-Qadariah dan selainnya) dan apa yang dihias oleh kelompok bid^ah yang merosakkan. Adapun ilmu kalam (ilmu tauhid) yang bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah yang memperjelaskan lagi kebenaran pokok-pokok agama ketika timbulnya fitnah, maka ia adalah ilmu yang terpuji di sisi para ulama dan orang yang mengetahui hakikat kebenarannya. Sesungguhnya al-Syafi^i memandang baik ilmu ini dan memahaminya. Sesungguhnya al-Syafi^i pernah berbicara (dengan ilmu ini) dengan beberapa golongan yang menyeleweng dan menegakkan hujah yang mantap ke atas mereka sehingga hujah mereka dapat dipatahkan”.
Rujukan :
- Lihat al-Hafiz Ibn ^Asakir al-Dimasyqi dalam kitabnya Tabyin Kadhib al-Muftari Fi ma Nusiba ila al-Imam Abil-Hasan al Asy^ari, halaman 339.