أنكر أحمد على من يقول بالجسم وقال: إن الأسماء مأخوذة من الشريعة واللغة، وأهل اللغة وضعوا هذا الاسم على ذي طولٍ وعرضٍ وسمكٍ وتركيبٍ وصورةٍ وتأليف والله تعالى خارج عن ذلك كله، فلم يجز أن يسمى جسمًا لخروجه عن معنى الجسمية، ولم يجئ الشريعة ذلك فبطل.
Allah Bukanlah Jisim
Al-Imam Ahmad ibn Hanbal mengingkari sesiapa yang mengatakan Allah taala itu jisim dan beliau telah berkata: Sesungguhnya nama-nama itu diambil daripada syariat dan Bahasa Arab, dan ahli bahasa meletakkan makna jisim itu dengan maksud sesuatu yang mempunyai panjang, lebar, kedalaman, susunan, gambar dan rupa. Allah taala mustahil ke atasNya semua itu. Maka tidak harus menamakan jisim (pada hak Allah) kerana Allah tidak bersifat dengan ciri-ciri jisim, dan juga tidak datang perkara sedemikian daripada syari’at. Oleh itu, terbatallah ungkapan atau dakwaan tersebut.”
Rujukan:
- I’tiqad al-Imamil-Mubajjal Ahmad ibn Hanbal oleh Abul-Fadl ‘Abdul-Wahid al-Tamimi (w. 410 H), j. 1, hlm. 298.