Jangan pernah berkira untuk berbuat baik, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kita sayang. Selagi ada kesempatan, selagi tangan masih mampu menggenggam, selagi bibir masih mampu menguntum senyuman, selagi hati masih punya ruang untuk memberi… usahakanlah sebaiknya.
Kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dulu meninggalkan siapa. Bila saat itu tiba, hanya kenangan yang tinggal… sama ada ia membahagiakan atau kita dihimpit dengan penyesalan.
Buat baiklah dengan sehabis baik. Berikan kasih dengan seikhlas hati. Sayangi dengan sepenuh jiwa. Agar nanti, bila takdir memisahkan, kita tidak dihantui rasa terkilan… kerana kita telah mencurahkan segalanya mengikut kadar yang termampu.
Hidup ini singkat, jangan biarkan ia dipenuhi dengan “Kalaulah aku sempat…”