Sudut Ilmu

Artikel

|

Jul 2025

|

5 minit baca

Sesungguhnya Sesuatu Amalan Bergantung Pada Peghujungnya

Ibnu al-Jawzi rahimahuLlaah pernah berkata:

“Sesungguhnya kuda apabila hampir mencapai garisan penamat, ia akan mengerah seluruh tenaganya untuk memenangi perlumbaan. Maka janganlah kuda itu lebih bijak daripadamu! Sesungguhnya amalan itu bergantung pada penghujungnya. Jika engkau tidak memulakan bulan ini dengan baik, maka perbaikilah apa yang masih berbaki daripadanya, kerana engkau tidak tahu bila rahmat Allah akan menyapamu.”

Justeru, hendaklah kita bersungguh-sungguh memanfaatkan Ramadhan, kerana ia adalah tetamu yang tersangat istimewa, banyak membawa hadiah, namun begitu cepat berlalu pergi.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu amal yang baik, pengakhiran yang baik, serta puasa dan qiyam yang diterima oleh-Mu.

Layanilah tetamu kita yang akan pergi ini dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah, terimalah daripada kami apa yang telah berlalu daripada amal ibadat kami di bulan yang mulia ini dan bantulah kami dalam menghadapi apa yang masih berbaki daripadanya.

Sampaikanlah kami kepada Malam al-Qadr bijaahin Nabiy.

AW

Admin Website Baitussaadah